Wednesday, September 25, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 1 (S10)

Tajuk: Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah

10
Jelaskan tiga sebab upah buruh di sektor pertanian lebih rendah daripada upah buruh di sektor perindustrian


[6]
Jawapan Cadangan


(a)
Perbezaan keanjalan penawaran
Keluaran sektor pertanian mempunyai keanjalan penawaran yang tidak anjal. Penawaran keluaran sektor pertanian sukar ditambah apabila harga keluaran meningkat dan menghadapi ketidakstabilan harga yang ketara berbanding dengan keluaran sektor industri yang boleh ditambah dengan cepat serta mempunyai harga yang lebih stabil.




(b)
Perbezaan keanjalan permintaan
Keluaran sektor pertanian mempunyai keanjalan permintaan yang tidak anjal kerana ianya merupakan barang keperluan asas serta tidak mempunyai banyak barang pengganti. Sebaliknya, keluaran sektor industri merupakan barang kehendak dan mempunyai banyak barang pengganti. Oleh itu, penurunan harga keluaran dalam sektor pertanian hanya menambahkan kuantiti diminta dalam kuantiti yang kecil berbanding dengan sektor industri.




(c)
Perbezaan keanjalan pendapatan
Keluaran sektor industri mempunyai keanjalan pendapatan yang lebih tinggi daripada keluaran sektor pertanian. Kenaikan pendapatan pengguna akan menyebabkan permintaan keluaran industri meningkat dengan banyak berbanding dengan permintaan keluaran sektor pertanian yang hanya meningkat dengan kecil.




(d)
Perbezaan daya pengeluaran
Daya pengeluaran sektor industri adalah lebih tinggi daripada daya pengeluaran di sektor pertanian. Ini kerana pengeluaran di sektor industri adalah berintensif modal dan menggunakan kaedah pengeluaran yang saintifik, berbanding dengan sektor pertanian yang masih berintensif buruh serta menggunakan kaedah pengeluaran tardisional.




(e)
Peranan orang tengah
Peranan orang tengah yang mengambil kesempatan dengan membeli keluaran sektor pertanian pada harga yang rendah menyebabkan hasil yang diperolehi oleh petani dan nelayan menjadi rendah. Sebaliknya, sistem pemasaran keluaran sektor industri yang tidak memerlukan orang tengah membolehkan firma menjalankan pemasaran dengan mendapat untung yang maksimum.





Faktor-faktor (a) hingga (e) menyebabkan upah yang dibayar dalam sektor pertanian adalah lebih rendah daripada upah di sektor industri.