Sunday, September 30, 2012

Monopoli: Kawalan Terhadap Monopoli

a)
Apakah maksud kuasa monopoli ?
   [2]

Kuasa monopoli ialah yang dimiliki oleh firma monopoli di dalam menentukan harga atau menentukan kuantiti keluaran tetapi tidak boleh menentukan kedua – duanya dalam satu masa

b)
Bagaimanakah kuasa monopoli dapat dikawal melalui


i.
dasar harga-kos sut
[4]



Keseimbangan firma monopoli dicapai apabila MR=MC di titik E, dengan harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0 dengan firma mendapat untung lebih normal.
Penetapan harga menyamai kos sut (P=MC) oleh kerajaan menyebabkan menyebabkan firma mencapai keseimbangan di titik B, pada harga keseimbangan P1 dan kuantiti keseimbangan Q1.
Penetapan harga menyamai kos sut (P=MC) menyebabkan tingkat harga turun dari P0 ke P1, dan kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1, dengan firma masih mendapat untung lebih normal.


ii.
dasar harga-kos purata
[4]




Keseimbangan firma monopoli dicapai apabila MR=MC di titik E, dengan harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0 dengan firma mendapat untung lebih normal.
Penetapan harga menyamai kos purata (P=AC) oleh kerajaan menyebabkan menyebabkan firma mencapai keseimbangan di titik B, pada harga keseimbangan P1 dan kuantiti keseimbangan Q1.
Penetapan harga menyamai kos purata (P=AC) menyebabkan tingkat harga turun dari P0 ke P1, dan kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1, dengan firma hanya mendapat untung normal sahaja.