a) | Kemudahan infrastruktur |
| Perletakan firma elektronik itu di kawasan perindustrian membolehkannya menikmati berbagai–bagai kemudahan asas dan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik yang disediakan oleh kerajaan, yang akan menggalakkan perkembangan firma itu secara keseluruhan dan menurunkan kos purata pengeluaran firma. |
|
|
b) | Bekalan tenaga buruh |
| Tumpuan tenaga buruh ke kawasan perindustrian akan menggalakkan penghijrahan tenaga buruh ke sekitar kawasan tersebut. Ini membolehkan firma elektronik itu memperolehi bekalan tenaga buruh mahir atau tenaga buruh kurang mahir dengan mudah. Ini akan menjimatkan kos latihan pekerja–pekerja baru dan menurunkan kos purata pengeluaran firma tersebut. |
| |
c | Ekonomi teknologi dan maklumat |
| Kejayaan firma–firma lain dalam kegiatan R&D akan membolehkan firma elektronik itu turut menikmati faedah dari kejayaan itu. Hasil–hasil kejayaan R&D yang diedarkan melalui majalah dan jurnal ke seluruh industri akan membantu meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran firma itu dan seterusnya menurunkan kos purata pengeluarannya. |
|
|
d) | Perhubungan |
| Kemudahan dalam sistem perhubungan yang disediakan seperti teknologi maklumat (ICT) yang terkini membolehkan firma elektronik mendapat pelbagai maklumat yang berkaitan dengan aktiviti pengeluaran seperti maklumat bekalan bahan mentah, bekalan buruh dan sebagainya dengan mudah dan seterusnya akan mengurangkan kos pengeluaran firma tersebut. |
|
|
e) | Ekonomi integrasi |
| Ekonomi integrasi membolehkan firma elektronik itu bekerjasama dengan firma–firma lain di dalam industri untuk menghasilkan ekonomi mengikut skala atau bergabung membentuk firma yang lebih besar melalui integrasi mendatar, integrasi menegak dan integrasi melebar |
| Nota: Mesti sebut perkataan firma elektronik di dalam huraian |