Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana
|
||
7
|
Terangkan
tiga perbezaan antara pemilikan tunggal dengan perkongsian
|
[6]
|
Jawapan Cadangan
|
||
|
(a)
|
Pemilikan
Pemilikan tunggal dimiliki oleh seorang individu yang
berperanan sebagai pengurus dan pekerja.
Perkongsian mempunyai 2 – 20 orang rakan kongsi atas
nama perniagaan atau nama rakan kongsi
|
|
|
|
|
(b)
|
Pengurusan
Pemilikan tunggal diurus dan dikawal oleh pemilik
sendiri, yang bebas membuat keputusan dan dasar perniagaan.
Perkongsian biasa membenarkan semua rakan kongsi terlibat
dalam pengurusan perniagaan. Bagi perkongsian berhad, setiap rakan kongsi
tidak terlibat dalam pengurusan perniagaan, tetapi dibenarkan menyemak rekod
dan akaun perniagaan
|
|
|
|
|
(c)
|
Modal
Modal pemilikan tunggal diperolehi daripada tabungan
pemilik atau dipinjam daripada keluarga dan rakan.
Modal perkongsian diperolehi daripada rakan kongsi
tertakluk kepada syarat-syarat dibawah artikel perkongsian, sama ada dari
simpanan sendiri atau daripada pinjaman keluarga, rakan dan institusi
kewangan
|
|
|
|
|
(d)
|
Pembahagian keuntungan
Segala keuntungan atau kerugian akan ditanggung sendiri
oleh pemilik perniagaan tunggal.
Bagi perkongsian biasa, keuntungan dibahagikan sama
rata menurut perjanjian, manakala bagi perkongsian berhad, keuntungan dibahagikan
sama rata mengikut modal saham yang dilaburkan
|