Jawapan
Cadangan
(a) Huraikan
dua faktor yang mengehadkan penciptaan kredit
|
[4]
|
i. Keperluan cagaran
Bank perdagangan memerlukan cagaran
dalam bentuk rumah, tanah, bangunan dan lain–lain daripada peminjam sebelum
memberikan pinjaman.
Keperluan
cagaran mengehadkan orang yang tidak ada cagaran untuk membuat pinjaman
daripada bank perdagangan. Oleh itu, proses penciptaan kredit dihadkan
|
ii. Keinginan orang ramai memegang wang tunai
Terdapat hubungan negatif di antara
penciptaan kredit dengan jumlah wang tunai yang ingin dipegang orang ramai.
Apabila orang ramai lebih suka
memegang wang tunai, maka terdapat kurangan wang tunai dalam bank perdagangan
bagi penciptaan kredit. Maka, semakin tinggi keinginan orang ramai memegang
wang tunai, penciptaan kredit akan dihadkan
|
iii. Suasana pelaburan yang tidak baik
Motif pelabur adalah untuk mencari
keuntungan. Jika keadaan ekonomi meleset dan suasana pelaburan tidak baik, pelabur
tidak akan melakukan pinjaman wang daripada bank perdagangan.
Bank perdagangan akan mempunyai lebihan rizab yang
banyak, menyebabkan proses penciptaan kredit dihadkan
|
iv. Kebocoran wang tunai
Berlakunya kebocoran wang tunai iaitu sebahagian
daripada wang tunai yang sepatutnya
dimasukkan ke dalam bank tetapi masih tetap di tangan
penerimanya.
Kekurangan wang yang dimasukkan kembali akan mengecilkan saiz deposit
semasa di bank perdagangan menyebabkan proses penciptaan kredit dihadkan
|
v. Dasar
kerajaan
Satu langkah kerajaan untuk membendung inflasi adalah
dengan mengurangkan saiz penggandaan wang oleh bank–bank perdagangan. Biasanya
kerajaan akan menaikkan nisbah cadangan, menjual sekuriti-sekuriti kerajaan
dan funding sehingga lebihan rizab bank-bank perdagangan berkurang. Oleh
itu, proses penciptaan kredit dihadkan
|
vi. Menjaga
nama baik bank
Sesetengah
bank perdagangan menyediakan cadangan minimum melebihi daripada yang
ditetapkan oleh kerajaan, bagi memastikan pelanggannya tidak menghadapi
masalah ketika mengeluarkan simpanan mereka.
Apabila bank menyediakan rizab yang lebih banyak, maka
semakin kuranglah lebihan rizab bank untuk dipinjamkan. Oleh
itu, proses penciptaan kredit dihadkan
|
vii. Kekurangan
peminjam yang sesuai
Bank perdagangan akan hanya memberi
pinjaman kepada peminjam yang mampu menyediakan cagaran, penjamin dan
membayar balik pinjaman.
Disebabkan kurangnya peminjam yang
sesuai, bank lebih rela memegang lebihan rizab itu menyebabkan proses
penciptaan kredit dihadkan
|
viii. Kadar
bank / kadar diskaun
Semakin tinggi kadar bank, semakin
tinggi kadar bunga. Oleh itu, kos meminjam akan meningkat, menyebabkan
masyarakat kurang berminat untuk membuat pinjaman. Keadaan ini akan
mengehadkan proses penciptaan kredit
|
ix. Nisbah
rizab tunai
Semakin tinggi nisbah rizab tunai,
semakin kurang keupayaan bank perdagangan memberikan pinjaman kepada
masyarakat. Keadaan ini akan mengehadkan proses penciptaan kredit.
|
(b) Jelaskan bagaimana
kenaikan nisbah rizab berkanun dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi.
|
[6]
|
Kenaikan
nisbah rizab berkanun akan mengurangkan keupayaan bank–bank memberikan
pinjaman. Proses penciptaan kredit dan bekalan wang dalam ekonomi juga akan
berkurang.
Kadar
bunga akan meningkat dan pelaburan akan berkurang. Kesannya, perbelanjaan
agregat akan berkurang, menyebabkan
tingkat pendapatan negara juga akan berkurang sebesar ∆Y =
k x ∆I.
Pengurangan
tingkat pendapatan negara akan menyebabkan tingkat harga umum merosot. Ini
akan menyelesaikan masalah inflasi dalam ekonomi.
Walau
bagaimana pun, pengurangan tingkat pendapatan negara akan menyebabkan peluang
–peluang pekerjaan berkurang dan menyumbang kepada peningkatan pengangguran
dalam ekonomi.
|