Friday, October 4, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S8)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

8
Terangkan tiga langkah dasar kewangan untuk mengawal inflasi
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Bank pusat menjalankan operasi pasaran terbuka dengan menjual bil-bil perbendaharaan dan surat jaminan kerajaan bagi mengurangkan lebihan rizab bank perdagangan. Keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman akan merosot dan penawaran wang dalam ekonomi akan berkurang.




(b)
Bank pusat meningkatkan kadar bank yang dikenakan keatas pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Tindakan ini akan meningkatkan kadar bunga pasaran dan keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman, menyebabkan penawaran wang berkurang.




(c)
Bank pusat meningkatkan nisbah rizab berkanun dan nisbah rizab minimum bagi mengurangkan lebihan rizab bank perdagangan. Tindakan ini akan mengurangkan keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman, menyebabkan penawaran wang berkurang




(d)
Bank pusat menjalankan pendanaan (funding), iaitu menambahkan pengeluaran surat-surat jaminan yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang. Tindakan ini akan mengurangkan kecairan bank perdagangan, dan seterusnya mengurangkan penawaran wang.





Pengurangan bekalan wang dari langkah (a) – (d) akan meningkatkan kadar bunga, mengurangkan pelaburan, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat, yang akan mengurangkan tekanan inflasi di dalam ekonomi.