Thursday, October 10, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S12)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

12
Apakah hutang negara ? Jelaskan sumber-sumbernya yang utama
[6]

Jawapan Cadangan


Hutang negara ialah pinjaman yang dibuat oleh kerajaan untuk menampung pelaksanaan belanjawan defisit.

Terdapat dua sumber utama hutang negara iaitu:-


(a)
Pinjaman dalam negeri, melalui penjualan bil-bil perbendaharaan, sijil-sijil pelaburan dan sekuriti kerajaan kepada institusi kewangan bank dan bukan bank di dalam negara.
Sumber-sumber pinjaman antaranya ialah Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Bank Simpanan Nasional (BSN), bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat insurans dan sebagainya




(b)
Pinjaman luar negeri melalui pinjaman pasaran dan pinjaman projek. Sumber-sumber pinjaman utama dari luar negeri ialah:-
i.   kerajaan negara asing seperti Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom
ii.  institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan sebagainya.