Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S7)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

7
Terangkan tiga agensi membasmi kemiskinan yang berikut:

(a)
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
[2]

(b)
Baitulmal
[2]

(c)
Agensi Pembangunan Wilayah (APW)
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
AIM ialah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan.

Pinjaman AIM berperanan mengurangkan kemiskinan golongan termiskin dengan membantu mereka menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan mereka.




(b)
Baitulmal ialah institusi harta dan kewangan induk di negara Islam, yang mengagihkan bantuan zakat kepada penduduk Islam miskin bagi mengurangkan kemiskinan tegar di kalangan umat islam.

Baitulmal juga berperanan membasmi kemiskinan melalui pendidikan dan latihan kemahiran dengan menubuhkan perlindungan Darul Kifayah dan peluang pendidikan di Institut Kemahiran Baitulmal.




(c)
Agensi Pembangunan Wilayah bertujuan untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang lebih seimbang melalui perancangan penggunaan sumber secara optimum di peringkat wilayah, negeri atau di antara negeri.

APW berperanan membasmi kemiskinan dengan berusaha merapatkan jurang pendapatan dan struktur ekonomi antara wilayah melalui pembangunan aktiviti pertanian serta perusahaan di negeri yang kurang maju.