Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S11)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

11
Terangkan tiga program Agensi Pembangunan Wilayah dalam membantu membasmi kemiskinan di Malaysia
  
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Rancangan Pembangunan Tanah
Program bertujuan membangunkan tanah yang belum diteroka untuk menempatkan para petani yang tidak mempunyai tanah bagi mengusahakan tanah tersebut. 

Kemudahan seperti tempat tinggal, pengangkutan  dan bekalan air serta elektrik disediakan. Contoh:- Projek Segi Tiga Jengka dan Projek Johor Tenggara (KEJORA)




(b)
Pembangunan In-Situ dan tanah baharu
Program bertujuan membangunkan tanah secara bersepadu untuk menggalakkan penggunaan tanah dengan cara yang lebih baik di kalangan pekebun kecil serta mengatasi masalah kekurangan tanah.

Tanah baharu dibangunkan melalui kerjasama dengan pihak swasta, terutamanya untuk penanaman kelapa sawit dan getah.




(c)
Pengairan dan saliran
Program bertujuan untuk mengairi kawasan pertanian, menyediakan bekalan air bersih untuk kegunaan harian dan mengelakkan banjir.

Agensi yang terlibat ialah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Contoh: Projek Empangan Beris untuk mengairi 70,000 hektar kawasan pertanian di Kedah




(d)       
Rancangan Pengumpulan Semula
Program bersepadu yang menyediakan kemudahan perumahan, pendidikan dan latihan untuk Orang Asli bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi.

Aktiviti ekonomi yang diberi tumpuan ialah pelancongan berasaskan ekologi, pertanian, dan pemprosesan ubatan herba serta pengeluaran produk rotan dan buluh.