Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S1)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

1
Jelaskan unit-unit perniagaan yang berikut:


(a)
Pemilikan tunggal
[2]

(b)
Perkongsian
[2]

(c)
Koperasi
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
Pemilikan tunggal ialah entiti perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh individu perseorangan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Contoh:- kedai runcit, pasar mini dan warung.




(b)
Perkongsiaan ialah entiti perniagaan yang dianggotai sekurang-kurangnya dua orang tetapi tidak melebihi 20 orang rakan kongsi dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Perniagaan perkongsian terbahagi kepada perkongsian biasa dan perkongsian berhad




(c)
Koperasi ialah entiti perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.

Koperasi boleh mendaftarkan bilangan ahli yang tidak terhad.
Contoh:- Koperasi Pengguna, Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad dan Koperasi Kakitangan Awam Berhad.