Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S4)

Tajuk: Institusi Kewangan

4
Nyatakan tiga fungsi utama bank yang berikut:-

(a)
Bank perdagangan
[3]

(b)
Bank pelaburan
[3]

Jawapan Cadangan


(a)
i
Menerima deposit dalam bentuk deposit semasa, deposit tetap dan deposit tabungan






ii
Memberikan pinjaman dalam bentuk pinjaman bercagar, pinjaman peribadi, kad kredit dan pendiskaunan bil pertukaran.






iii
Membuat dan menerima pembayaran dalam bentuk cek, draf bank, pindahan kredit, cek kembara dan perintah sedia ada dari pelanggan.






iv
Menyediakan perkhidmatan lain seperti menjadi pemegang amanah, menyediakan perkhidmatan ATM, teleperbankan dan perbankan internet.





(b)
i
Menerima deposit daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, bank pelaburan lain dan badan korporat.






ii
Menawarkan perkhidmatan perbankan secara terus termasuk pemberian pinjaman bersindiket kepada firma besar






iii
Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti penggabungan dan pengambilalihan.






iv
Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan serta pengurusan aset bagi syarikat yang menerbitkan saham baharu.