Monday, February 18, 2013

Dasar Fiskal, Hasil Kerajaan, Perbelanjaan Mengurus Dan Perbelanjaan Pembangunan

(a)     Apakah maksud dasar fiskal ?

[1]
(b)     Jelaskan dan nyatakan dua contoh sumber–sumber hasil kerajaan.

[5]

(c)     Apakah maksud perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Nyatakan dua contoh bagi setiap perbelanjaan tersebut


[4]

Jawapan Cadangan
 
(a)     Apakah maksud dasar fiskal ?



[1]
         Dasar Fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah sistem percukaian dan perbelanjaan kerajaan dengan tujuan mengatasi masalah inflasi, pengangguran, pertumbuhan ekonomi dan mencapai tingkat guna tenaga penuh tanpa inflasi.

(b)     Jelaskan dan nyatakan dua contoh sumber–sumber hasil kerajaan.

[5]
         Cukai langsung ialah cukai yang bebannya tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain Atau
         Cukai langsung ialah cukai yang dibayar terus oleh pembayar cukai kepada kerajaan. Contohnya ialah cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat, cukai petroleum dan cukai koperasi

         Cukai tak langsung ialah cukai yang bebannya yang boleh dipindahkan kepada pihak lain. Contohnya ialah cukai jualan, cukai import, cukai eksais, cukai perkhidmatan dan cukai eksport

         Hasil bukan cukai iaitu lesen, cukai jalan, denda dan rampasan, royalti atas petroleum dan gas, pemberian dari kerajaan luar negeri dan agensi antarabangsa serta faedah dan hasil dari pelaburan

(c)     Apakah maksud perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Nyatakan dua contoh bagi setiap perbelanjaan tersebut


[4]
         Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan kerajaan untuk membayar kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan.
Contohnya: emolumen, pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri dan perbelanjaan pentadbiran lain.

         Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan pelaburan oleh kerajaan untuk projek – projek pembangunan negara.
Contoh: perbelanjaan membina hospital, sekolah dan jalan raya