Tuesday, February 5, 2013

Masalah Dalam Pengiraan Pendapatan Negara

Terangkan  masalah – masalah  dalam penghitungan pendapatan negara
[10]
(a)    Masalah pengiraan dua kali
         Di dalam kaedah perbelanjaan, sukar untuk membezakan barang akhir atau barang perantaraan . Jika perbelanjaan ke atas barang perantaraan dihitung, ia akan menimbulkan masalah pengiraan dua kali. Akibatnya, nilai pendapatan negara menjadi tidak tepat

(b)    Masalah pengumpulan maklumat
         Di negara-negara membangun, maklumat dan data dari kegiatan ekonomi adalah tidak tepat dan tidak lengkap. Keadaan ini akan menyulitkan pengiraan pendapatan negara menyebabkan penghitungannya menjadi tidak tepat
(c)    Masalah menentukan susutnilai
         Modal tetap fizikal  seperti  alat jentera, mesin dan kenderaan akan mengalami kerosakan dan penyusutan nilai di dalam proses pengeluaran.   Bagaimana pun  susutnilai sukar ditentukan dan ditaksir.  Oleh itu masalah menentukan susutnilai ini akan menyulitkan pengiraan keluaran negara bersih dan nilai pelaburan bersih.

(d)    Aktiviti  dan urus niaga yang tidak dibayar dengan wang
         Ketiadaan anggaran  untuk menentukan nilai kegiatan ekonomi produktif yang tidak dibayar dengan wang seperti gotong-royong dan perkhidmatan suri rumah menyebabkan nilainya tidak dihitung ke dalam pengiraan. Oleh itu, nilai pendapatan negara yang dihitung akan menjadi lebih rendah berbanding dengan nilainya yang sebenar.

(e)    Masalah pengiraan perbelanjaan kerajaan
         Perbelanjaan keatas polis dan tentera dianggap sebagai bayaran pindahan. Ia tidak dimasukkan ke dalam pengiraan pendapatan negara kerana tidak menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan dalam ekonomi.  Kesukaran menentukan nilai perbelanjaan ini akan menjejaskan ketepatan nilai pendapatan negara yang dihitung.

Nota: Terima fakta lain yang berkaitan