| i | Tambahan kos pengeluaran yang besar |
|
| Apabila tingkat pengeluaran firma telah maksimum, pertambahan penawaran sesuatu barang memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar. Oleh itu, penawaran barang tersebut adalah tidak anjal |
|
|
|
| ii | Corak penggunaan faktor pengeluaran yang khusus |
|
| Jika pengeluaran sesuatu barang memerlukan penggunaan faktor pengeluaran yang khusus, maka penawaran barang tersebut adalah tidak anjal kerana faktor pengeluaran itu tidak mudah ditambah. |
|
|
|
| iii | Jangka masa pendek |
|
| Dalam jangka pendek pertambahan pengeluaran adalah terhad kerana terdapat input tetap dan input berubah. Tambahan pengeluaran hanya boleh dilakukan dengan menambahkan input berubah sahaja. Oleh itu, penawaran dalam jangka pendek adalah tidak anjal |
|
|
|
| iv | Bilangan input pengganti yang sedikit |
|
| Penawaran sesuatu barang adalah tidak anjal sekiranya input penggantinya tidak banyak kerana penawaran barang tersebut tidak dapat ditambah dengan mudah. |
|
|
|
| v | Bekalan input sukar diperolehi |
|
| Kesukaran mendapatkan bekalan input pengeluaran menyebabkan penawaran sesuatu barang menjadi tidak anjal kerana penawaran barang adalah sedikit dan sukar ditambah dengan banyak |
|
|
|
| vi | Jumlah firma yang sedikit dalam industri |
|
| Apabila jumlah firma di dalam industri adalah sedikit, maka jumlah keluaran yang dihasilkan oleh industri juga sedikit, menyebabkan penawaran barang tersebut menjadi tidak anjal |