Tuesday, March 12, 2013

Komponen Bekalan Wang

(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan wang?  Jelaskan komponen − komponen bekalan wang

(b)    i.     Adakah kad kredit termasuk sebagai perkara yang membentuk bekalan wang dalam pengertian yang sempit ?
        ii.    Adakah wang hampir termasuk di dalam penawaran wang?

[8]



[2]

Jawapan Cadangan

(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan wang?  Jelaskan komponen − komponen bekalan wang




[8]
        Penawaran wang bermaksud jumlah bekalan wang dalam edaran dan semua jenis deposit. Ia terbahagi kepada dua iaitu:-
        i.     M1 iaitu bekalan wang dalam pengertian yang sempit yang meliputi wata wang dalam edaran dan deposit semasa.

        Mata wang dalam edaran merujuk kepada wang kertas dan syiling yang dikeluarkan dan diedarkan oleh bank pusat di dalam ekonomi tidak termasuk yang dipegang oleh bank pusat dan bank perdagangan

        Simpanan semasa merujuk kepada simpanan semasa yang dibuat di bank-bank perdagangan yang boleh dikeluarkan dengan cek

        M1 = Mata wang dalam edaran + deposit semasa

        ii.    M2 iaitu bekalan wang dalam pengertian yang luas, meliputi M1 dan wang hampir,

        Wang hampir ialah harta-harta bersifat kewangan yang dapat ditukarkan kepada wang dalam jangka masa yang singkat.
Contoh: simpanan tabungan dan simpanan tetap di bank perdagangan, sijil BNM dan sijil deposit boleh niaga

        M2 = M1 + simpanan tabungan dan simpanan tetap di bank perdagangan + sijil                  BNM + sijil deposit boleh niaga

(b)    i.     Adakah kad kredit termasuk sebagai perkara yang membentuk bekalan wang dalam pengertian yang sempit ?
        ii.    Adakah wang hampir termasuk di dalam penawaran wang?

[1]

[1]
               Kad kredit tidak termasuk sebagai perkara yang membentuk M1 kerana M1 hanya meliputi mata wang dalam edaran dan deposit semasa sahaja

            Wang hampir termasuk di dalam penawaran wang iaitu termasuk di dalam M2 di mana:-
        Wang hampir = M2M1