Thursday, September 19, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 1 (S1)

Tajuk: Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah

1
Terangkan pengangguran yang berikut
[6]

(a)
Pengangguran struktur

(b)
Pengangguran geseran

(c)
Pengangguran kitaran

Jawapan Cadangan


(a)
Pengangguran struktur
Berpunca daripada kemunduran di sesetengah industri kerana wujudnya barang baru yang lebih baik, kemajuan teknologi yang mengurangkan permintaan sesuatu barang dan kos pengeluaran yang tinggi

Aktiviti pengeluaran industri tersebut merosot sehingga sesetengah tenaga buruh terpaksa dibuang kerja.
Contoh: Kekurangan permintaan oleh Syarikat Eastman Kodak akibat perkembangan kamera digital menyebabkan syarikat tersebut terpaksa ditutup.




(b)
Pengangguran geseran
Pengangguran geseran berlaku kerana tenaga buruh berhenti kerja secara sukarela untuk mendapatkan kerja baru yang lebih tinggi gajinya atau lebih sesuai dengan kemahirannya.

Ia berlaku ketika ekonomi melambung atau ketika ekonomi mencapai guna tenaga penuh. Kadar pengangguran adalah kurang dari 4 %




(c)
Pengangguran kitaran
Berpunca daripada kejatuhan permintaan agregat pada masa kemelesetan ekonomi. Firma terpaksa mengurangkan pengeluaran, oleh itu permintaan terhadap buruh juga berkurang.  Akibatnya lebih ramai pekerja yang kehilangan kerja dan menganggur