Apakah tujuan permintaan wang dalam ekonomi? Jelaskan faktor yang mempengaruhi setiap
tujuan permintaan tersebut.
|
[10]
|
Jawapan Cadangan
Apakah tujuan permintaan wang dalam ekonomi? Jelaskan faktor yang mempengaruhi setiap
tujuan permintaan tersebut.
|
[10]
|
Masyarakat
meminta wang adalah untuk 3 tujuan, iaitu:-
(a) Tujuan urusniaga, iaitu meminta wang untuk membayar barang dan perkhidmatan
yang diperlukan.
(b) Tujuan awasan,
iaitu meminta wang untuk menghadapi keadaan yang tidak dijangka pada masa
depan seperti sakit, kemalangan dan sebagainya
(c) Tujuan spekulasi, iaitu meminta wang untuk membeli bon, surat-surat
jaminan kerajaan, bil-bil perbendaharaan atau saham untuk mendapatkan
keuntungan.
Permintaan
wang untuk urusniaga dan awasan dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.
Semakin
tinggi tingkat pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk
urusniaga dan awasan.
Sebaliknya,
semakin rendah tingkat pendapatan, semakin rendah permintaan wang untuk
urusniaga dan awasan.
Permintaan
wang untuk spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar
bunga, semakin rendah permintaan wang untuk spekulasi.
Sebaliknya,
semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi permintaan wang untuk spekulasi.
Apabila pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1, permintaan wang untuk urus niaga dan awasan
meningkat dari M0 ke M1.
Sebaliknya apabila pendapatan negara jatuh dari Y0 ke Y2 jumlah permintaan wang untuk urus niaga dan awasan
akan jatuh dari M0 ke M2.
Apabila kadar bunga meningkat dari r0 ke r1,
permintaan wang untuk spekulasi jatuh dari M0 ke M1.
Sebaliknya, apabila kadar bunga jatuh dari r1 ke r2, permintaan wang untuk spekulasi meningkat
dari M0 ke M2.
|