Friday, February 15, 2013

Cukai, Tabungan Dan Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 3 Sektor Pendekatan Suntikan-Bocoran

(a)    Nyatakan dua syarat keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi dua sektor


[2]
(b)     Terangkan bagaimana cukai sekali gus mempengaruhi  tabungan


[3]
(c)        Dengan menggunakan rajah suntikan–bocoran, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor

[5]

Jawapan Cadangan
(a)    Nyatakan dua syarat keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi dua sektor

[2]

         i.      Y = C + I + G
         ii.     I + G = S + T


(b)     Terangkan bagaimana cukai sekali gus mempengaruhi  tabungan


[3]

         Cukai sekali gus (cukai tetap) akan mengurangkan pendapatan bolehguna sebesar ∆T, menyebabkan tabungan berkurang sebesar ∆S = – MPSyd x ∆T

         Diberikan S = 1000 + 0.25Yd dan T = 400
         Maka:
               S0  = –1000 + 0.25Yd                      (fungsi sebelum cukai)
                    = –1000 + 0.25(Y – 400)          
                    = –1000 + 0.25Y – 100            
              S1 = –1100 + 0.25Y   
               
Berdasarkan kepada contoh pengiraan di atas,  di dapati cukai tetap sebanyak 400 menyebabkan tabungan berkurang sebanyak 100 iaitu
               ΔS– MPSyd.ΔT
                     =  – 0.25 x 100
                     = – 100

(c)    Dengan menggunakan rajah suntikan–bocoran, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor


[5]

         Keseimbangan pendapatan negara di capai apabila keluk S + T  bersilang dengan I + G  di titik E0  pada pendapatan negara  Y0.

Pada tingkat pendapatan negara yang kurang dari Y0  eg: Y1, nilai suntikan ialah Y1A  manakala nilai bocoran ialah Y1B. 

       Oleh itu berlaku keadaan suntikan melebihi bocoran sebesar AB. Inventori menjadi negatif, firma menambahkan pengeluaran dan pendapatan negara akan meningkat. Proses ini akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada pendapatan negara Y0  

       Pada tingkat pendapatan negara yang  melebihi Y0 eg: Y2,  nilai  suntikan ialah Y1N  manakala nilai bocoran ialah Y1M. Oleh itu, berlaku lebihan bocoran sebesar MN .
         Oleh itu, berlaku keadaan  bocoran melebihi suntikan.  Inventori menjadi positif, firma mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang. Proses ini akan berterusan sehingga ekonomi mencapai keseimbangan pada pendapatan negara Y0