Monday, August 13, 2012

Mikroekonomi: Kuantitatif (S4)

Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut:
            Qd = 12 – 0.5P
dengan
            Qd = permintaan barang X (000 unit)
            P   = harga barang X (RM)


a)
Hitung kuantiti barang X  yang diminta jika harga barang X  diberi percuma

[1]

Qd = 12 – 0.5P
      = 12 – 0.5(0)
      = 12 000 unit

b)
Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X  ialah RM 10.00, hitung kuantiti barang X  yang diminta. Jika penawaran barang X  adalah 6 000 unit, tentukan apakah yang akan berlaku di pasaran.


[2]

Qd = 12 – 0.5P
      = 12 – 0.5(10)
      = 7 000 unit
Qd = 7 000 unit manakala Qs = 6 000 unit.
Wujud lebihan permintaan sebanyak  1 000 unit barang X


c)
Akibat daripada perubahan cita rasa terhadap barang X,  fungsi permintaan barang X  telah berubah kepada  
Qd = 12 – 0.8P


i.
Lukiskan keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan cita rasa.

[3]




ii.
Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa

[2]


Qd = 12 – 0.8P
     = 12 – 0.8(10)
     = 4 000 unit
Kuantiti permintaan berkurang sebanyak 3 000 unit



iii.
Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah ?
[1]


Qd = 4 000 unit manakala Qs = 6 000 unit
Wujud lebihan penawaran barang X sebanyak 2 000 unit



iv
Hitung jumlah hasil apabila cita rasa berubah.
[1]


Jumlah hasil = harga x kuantiti
                    = 10 x 4 000
                    = RM40 000