Friday, November 1, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S9)

Tajuk: Institusi Kewangan

9
(a)
Mengapakah syarikat kewangan berbeza dengan bank perdagangan ?
  [2]

(b)
Jelaskan dua kemudahan kredit yang disediakan oleh institusi kewangan

      [4]
Jawapan Cadangan


(a)
Syarikat kewangan berbeza dengan bank perdagangan kerana:-
i.    tidak menyediakan perkhidmatan akaun semasa dan draf bank
ii.    tidak boleh mendiskaunkan bil-bil pertukaran




(b)
i
Pinjaman individu
Syarikat kewangan menyediakan pinjaman individu  seperti pinjaman persendirian jangka pendek berjamin, pinjaman bercagarkan harta tetap dan pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana.






ii
Sewa beli
Syarikat kewangan akan membeli barangan daripada pembekal sebelum disewakan kepada pelanggan.

Hak milik barangan masih kekal dengan syarikat kewangan sehinggalah pelanggan melangsaikan semua hutangnya.






iii
Pajakan
Syarikat kewangan akan membeli harta yang diperlukan bagi pihak pe!anggan. Pelanggan akan membuat pembayaran balik secara ansuran.

Setelah semua hutang dilangsaikan pada akhir tempoh pajakan, harta tersebut akan dipindah milik kepada pelanggan.






iv
Pemfaktoran
Syarikat kewangan memberikan pinjaman dalam bentuk wang pendahuluan kepada syarikat yang mengeluarkan invois.

Setelah membeli invois syarikat berkenaan,  syarikat kewangan tersebut akan membuat tuntutan daripada pelanggan.