| i. | Pembuatan keputusan Semua keputusan ekonomi ditentukan bersama oleh kerajaan dan pihak swasta. Keputusan ekonomi oleh pihak swasta bermotifkan keuntungan manakala keputusan ekonomi oleh kerajaan bertujuan untuk meninggikan taraf kebajikan masyarakat |
| | |
| ii. | Pemilikan sumber Semua sumber ekonomi dimiliki bersama oleh pihak swasta dan kerajaan. Walau bagaimanapun, kerajaan boleh mengambil alih sumber–sumber milik swasta untuk kepentingan masyarakat. Contoh:- pengambilan tanah milik individu untuk pembinaan hospital dan sekolah |
| | |
| iii. | Persaingan Firma–firma di dalam pasaran bebas untuk bersaing di antara satu sama lain untuk mendapatkan untung maksimum. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan akan memastikan persaingan yang adil dan sihat wujud di pasaran. |
b) | Huraikan dua sebab kerajaan perlu campur tangan dalam ekonomi | [4] |
| i. | Mengawal eksternaliti negatif Campur tangan kerajaan melalui penguatkuasaan undang – undang bertujuan mengawal kesan – kesan eksternaliti negatif seperti pencemaran kerana firma yang memaksimumkan keuntungan akan mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. |
| | |
| ii. | Menyediakan barang awam Kerajaan campur tangan dengan mengeluarkan barang awam bagi meningkatkan kebajikan masyarakat, disebabkan pengeluarannya di dalam sistem pasaran adalah kurang kerana ia tidak menguntungkan pengeluar. |
| | |
| iii. | Agihan pendapatan yang lebih adil Campurtangan kerajaan melalui sistem percukaian dan subsidi akan memindahkan pendapatan dari golongan kaya kepada golongan miskin supaya jurang agihan pendapatan masyarakat menjadi lebih adil. |
| | |
| iv. | Mengelakkan monopoli Campur tangan kerajaan bertujuan meningkatkan kebajikan rakyat dengan mengurangkan kuasa monopoli firma di dalam mekanisme pasaran yang mengeluarkan keluaran yang sedikit bagi mengenakan tingkat harga yang tinggi. |
| | |
| v. | Kestabilan ekonomi Campur tangan kerajaan melalui dasar fiskal dan dasar kewangan bagi mengurangkan kemelambungan dan kemelesetan ekonomi adalah bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat, mencapai guna tenaga penuh dan kestabilan tingkat harga umum tercapai. |