Sunday, March 10, 2013

Kesan Penurunan Cukai Pendapatan Yang Melebihi Peningkatan Cukai Keuntungan Syarikat Terhadap Keseimbangan

Dengan  menggunakan gambar rajah  pendekatan  ADAS
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan agregat dan penawaran agregat
(b)   Dengan menggunakan gambar rajah  pendekatan ADAS,  huraikan kesan terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara benar apabila penurunan cukai pendapatan adalah melebihi peningkatan cukai keuntungan syarikat


[2]



[8]
Jawapan Cadangan
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan agregat dan penawaran agregat


[2]
       
        Permintaan agregat (AD) merujuk kepada tingkat perbelanjaan benar yang dilakukan dalam ekonomi pada berbagai-bagai tingkat harga.
       
        Penawaran agregat (AS) merujuk kepada nilai output benar @ nilai pendapatan negara benar yang dikeluarkan dalam sesebuah ekonomi pada berbagai-bagai tingkat harga.
       
(b)   Dengan menggunakan gambar rajah  pendekatan ADAS,  huraikan kesan terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara benar apabila penurunan cukai pendapatan adalah melebihi peningkatan cukai keuntungan syarikat



[8]
        Keseimbangan asal dicapai di titik E0 di persilangan keluk AD0 dan keluk AS0 pada  harga P0   dan pendapatan negara benar Y0.

        Penurunan cukai pendapatan akan meningkatkan pendapatan bolehguna dan perbelanjaan penggunaan masyarakat. Oleh itu, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat akan meningkat. Keluk  AD0 beralih ke AD1.

        Peningkatan cukai keuntungan syarikat akan mengurangkan keuntungan selepas cukai firma. Jumlah keluaran firma akan berkurang. Oleh itu, penawaran agregat akan berkurang dan keluk AS0 beralih ke AS1.

        Peralihan keluk AD adalah lebih besar daripada peralihan keluk AS.
Pada   tingkat  harga P0,  berlaku  lebihan  permintaan agregat. Tingkat  harga akan  meningkat dan proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai  di titik E1 pada  harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.

        Penurunan cukai pendapatan yang melebihi peningkatan cukai keuntungan syarikat menyebabkan tingkat harga umum meningkat dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar meningkat  dari Y0 ke Y1.