Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang sekiranya | ||
a) | berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara | [5] |
Kemelesetan ekonomi menyebabkan pendapatan dan kuasa beli pengguna berkurang. Oleh itu, permintaan akan berkurang.
Keluk permintaan akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1
Pada harga yang sama, kuantiti permintaan akan berkurang dari Q0 ke Q1Keluk permintaan akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1
b) | cukai import terhadap barang tersebut dikurangkan | [5] |
Kesannya, kuantiti barang import diminta akan bertambah pada keluk permintaan yang sama.
Bila cukai import turun, harga barang import akan turun dari P0 ke P1, dan kuantiti barang import diminta akan meningkat dari Q0 ke Q1
Berlaku pergerakan di atas keluk permintaan itu sendiri dari titik A ke titik B