Huraikan  alasan-alasan  mengapa 
  pertambahan dalam pendapatan perkapita benar / keluaran dalam negeri
  kasar perkapita benar / keluaran negara kasar perkapita benar tidak
  semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat kebajikan di sesebuah
  negara 
 | 
  
[10] 
 | 
 
(a)     Tempoh waktu bekerja 
 | 
 |
         Peningkatan  waktu 
  bekerja  akan meningkatkan
  taraf  hidup / tingkat kebajikan di
  sesebuah negara. Walau bagaimana pun, 
  peningkatan waktu bekerja bermakna pengurangan masa rehat yang akan
  mengurangkan taraf  hidup / tingkat
  kebajikan.  
         Ini bermakna  walau pun KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar meningkat, tingkatkebajikan tidak semestinya
  meningkat, kecuali jika diikuti oleh pengurangan masa bekerja dan pertambahan
  masa rehat.  
         Oleh itu, KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar tidak
  dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan di sesebuah
  negara 
 | 
 |
(b)     Kesan luaran negatif kerana projek
  pembangunan 
 | 
 |
         Kejayaan projek pembangunan akan  meningkatkan taraf hidup / tingkat kebajikan
  di sesebuah negara.  Namun, selalunya projek
  pembangunan turut mengeluarkan kesan luaran negatif seperti pencemaran udara,
  air dan bunyi yang akan menjejaskan kesihatan dan merendahkan tingkat
  kemakmuran penduduk. 
         Ini bermakna, sekiranya kesan eksternaliti
  negatif berlaku, pertambahan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan  perkapita benar tidak
  akan meningkatkan tingkat kebajikan kerana wujudnya
  pelbagai kos sosial yang perlu ditanggung oleh negara.  
         Oleh itu,
  KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar tidak
  dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan di sesebuah
  negara 
 | 
 |
(c)     Perbezaan agihan pendapatan                                                                          
 | 
 |
         Pertambahan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan  perkapita benar tidak semestinya menggambarkan agihan pendapatan
  masyarakat berada dalam keadaan seimbang dan saksama.  
         Sekiranya
  faedah daripada pertambahan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan negara perkapita benar hanya
  dinikmati oleh segolongan kecil masyarakat, taraf hidup di negara tersebut
  tidak akan meningkat kerana wujudnya jurang agihan pendapatan yang ketara
  antara golongan kaya dan golongan miskin.  
         Oleh itu,
  KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar tidak
  dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan di sesebuah
  negara 
 | 
 |
(d)     Komposisi keluaran negara                                                                                
 | 
 |
         Taraf
  hidup / tingkat kebajikan di sesebuah negara akan meningkat jika pertambahan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar diikuti
  oleh  pertambahan pengeluaran barang
  pengguna.  
         Sebaliknya,
  tingkat kebajikan  tidak akan meningkat
  jika pertambahan KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar diikuti oleh pertambahan
  pengeluaran senjata kerana faedahnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat secara
  langsung.  
         Oleh itu,
  KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar tidak
  dapat memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan di sesebuah
  negara 
 | 
 |
(e)     Tidak menunjukkan masalah
  pengangguran 
 | 
 |
         Tingkat kebajikan  akan meningkat  jika pengangguran berkurang, tetapi data KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar tidak dapat
  menunjukkan masalah pengangguran.  
         Walaupun KDNK  perkapita benar / KNK perkapita benar / pendapatan perkapita benar meningkat,
  tidak semestinya tingkat kemakmuran juga meningkat kerana jika kadar
  pengangguran meningkat, tingkat kebajikan akan merosot.  
         Oleh itu,
  KDNK  perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita   tidak dapat memberikan gambaran yang
  sebenar mengenai tingkat kebajikan di sesebuah negara 
 | 
 |