Sunday, July 8, 2012

Mikroekonomi: Keluk DD Pasaran & Penentu Permintaan

a)
Terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan
[4]











Keluk permintaaan pasaran diperolehi dengan menjumlahkan keluk–keluk permintaan individu A dan individu B secara mendatar pada setiap tingkat harga di pasaran.
Pada harga RM4.00, kuantiti diminta individu A = 2 unit manakala kuantiti diminta individu B = 4 unit. Maka permintaan pasaran = 6 unit.
Pada harga RM2.00, kuantiti diminta individu A = 3 unit manakala kuantiti diminta individu B = 6 unit. Maka permintaan pasaran = 9 unit.
Jika di sambungkan titik P dan titik Q, keluk permintaan pasaran diperolehi

b)
Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi permintaan
[6]

i.
Harga barang itu sendiri


Harga dengan kuantiti sesuatu barang yang diminta berhubung secara songsang. Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin kurang kuantiti barang tersebut diminta. Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang tersebut diminta.




ii
Harga barang lain


Peningkatan harga sesuatu barang menyebabkan harga barang penggantinya secara relatif lebih murah. Kuantiti barang tersebut yang diminta akan berkurang manakala permintaan terhadap barang penggantinya akan  meningkat.
Peningkatan harga sesuatu barang akan mengurangkan kuantiti barang tersebut diminta. Kesannya, permintaan terhadap barang penggenapnya juga akan berkurang.




iii.
Cita rasa pengguna


Perubahan cita rasa yang positif (suka) ke atas sesuatu barang akan menyebabkan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Sebaliknya, perubahan cita rasa negatif (tidak suka) akan mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barang.




iv.
Pendapatan pengguna


Peningkatan pendapatan akan meningkatkan kuasa beli pengguna. Oleh itu, permintaan terhadap barang normal / biasa akan meningkat.
Permintaan bagi barang bawahan akan berkurang kerana pengguna menggantikan penggunaan barang bawahan yang rendah kualitinya kepada barang yang lebih berkualiti.
Walau bagaimana pun, perubahan pendapatan tidak akan mengubahkan permintaan terhadap barang mesti.


Nota: Pilih 3 isi sahaja. Terima faktor – faktor lain yang berkaitan