Tuesday, March 19, 2013

Permintaan Wang Dan Keluk Permintaan Wang

(a)    Bezakan permintaan wang untuk tujuan urusniaga dengan tujuan spekulasi

(b)    Dengan memberikan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana keluk permintaan wang dalam ekonomi dibentuk.

[4]


[6]
Jawapan Cadangan

(a)    Bezakan permintaan wang untuk tujuan urusniaga dengan tujuan spekulasi



[4]

         Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertujuan untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan. Ia bergantung kepada tingkat pendapatan negara secara positif
        Semakin tinggi tingkat pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk urusniaga.
        Sebaliknya, semakin rendah tingkat pendapatan, semakin rendah permintaan wang untuk urusniaga.

         Permintaan wang spekulasi bertujuan untuk membeli bon bagi mendapatkan keuntungan. Ia bergantung kepada kadar bunga secara negatif
        Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah permintaan wang untuk spekulasi. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi permintaan wang untuk spekulasi.

(b)    Dengan memberikan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana keluk permintaan wang dalam ekonomi dibentuk.


[6]
          Jumlah permintaan wang dalam ekonomi ditentukan dengan menjumlahkan permintaan wang untuk tujuan urusniaga dan awasan dengan permintaan wang untuk spekulasi secara mendatar.

         Pada kadar bunga r0, jumlah permintaan wang untuk urusniaga dan awasan adalah 50, manakala jumlah permintaan wang untuk spekulasi adalah 20. Oleh itu jumlah permintaan wang dalam ekonomi adalah 70 seperti di titik A

         Pada kadar bunga r1, jumlah permintaan wang untuk urusniaga dan awasan adalah 50, manakala jumlah permintaan wang untuk spekulasi adalah 60. Maka jumlah permintaan wang dalam ekonomi adalah 110 seperti di titik B.

         Jika disambungkan titik A dan B, keluk permintaan wang dalam ekonomi diperolehi.