Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S5)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

5
Jelaskan empat strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk mengatasi kemiskinan di Malaysia

[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Memberi latihan kepada belia di luar bandar untuk membantu mereka mendapat pekerjaan yang mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi




(b)
Meneruskan pemberian subsidi dan sokongan kepada golongan petani padi clan nelayan supaya mereka dapat mempertingkatkan daya pengeluaran




(c)
Mempertingkatkan usaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah, terutama antara Sabah dan Sarawak dengan negeri lain




(d)
Mengurangkan kemiskinan relatif di bandar menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan penyediaan kemudahan asas seperti perumahan dan pengangkutan




(e)
Merancang dan mewujudkan zon pembangunan bandar yang sesuai bagi menjamin pembangunan bandar secara tersusun supaya masalah setinggan dapat diatasi