Huraikan kelemahan-kelemahan
menggunakan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita sebagai pengukur taraf hidup
di antara negara
|
[10]
|
(a) Perbezaan komposisi keluaran negara
Sekiranya KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita di
negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi komposisi keluaran negara A
lebih menekankan kepada keperluan
pertahanan berbanding dengan perkembangan sektor-sektor ekonomi di negara B,
taraf hidup di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana komposisi
keluarannya tidak memberi faedah kepada rakyat secara langsung.
Perbezaan komposisi keluaran negara menyebabkan KDNK
perkapita / KNK perkapita /
pendapatan perkapita tidak sesuai untuk mengukur taraf hidup di antara
negara.
|
(b) Perbezaan tempoh waktu bekerja
Sekiranya KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita di
negara A lebih tinggi daripada dengan negara B tetapi tempoh waktu bekerja di
negara A adalah lebih panjang, taraf hidup di negara A tidak semestinya lebih
tinggi kerana taraf hidup adalah lebih
tinggi jika tempoh waktu rehat lebih panjang.
Oleh itu taraf hidup di antara negara
tidak dapat dibandingkan melalui KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita kerana perbezaan tempoh
waktu bekerja / tempoh waktu rehat.
|
(c) Perbezaan kesan eksternaliti negatif
Sekiranya KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita di
negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi kemajuan teknologi di negara A
mewujudkan eksternaliti negatif seperti pencemaran yang lebih serius, taraf
hidup di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana wujudnya pelbagai kos
sosial yang perlu ditanggung olehnya.
Perbezaan eksternaliti negatif menyebabkan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita negara
tidak sesuai untuk mengukur taraf hidup di antara negara.
|
(d) Masalah Pengangguran
Data KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak
dapat menunjukkan kadar pengangguran di sesebuah negara. Ini bermakna, walau
pun KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita di negara A lebih tinggi
daripada negara B tetapi jika kadar pengangguran di negara A juga lebih
tinggi, taraf hidupnya mungkin lebih rendah kerana ramai tenaga buruhnya
tidak bekerja.
Penggunaan data KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tanpa
mengambil kira masalah pengangguran tidak dapat memberikan gambaran yang
tepat mengenai taraf hidup di antara negara.
|
(e) Perbezaan agihan pendapatan
Taraf hidup di sesebuah negara adalah
tinggi jika agihan pendapatannya lebih setara. Sekiranya KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita di
negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi agihan pendapatan di negara A lebih tidak
setara, taraf hidup di negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana wujud
jurang agihan pendapatan yang besar antara golongan kaya
dengan miskin.
Perbezaan agihan pendapatan
menyebabkan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak
dapat memberikan gambaran yang sebenar
mengenai taraf hidup di antara negara.
|
(f) Perbezaan dalam jumlah kegiatan
produktif yang tidak dibayar dengan wang
KDNK
perkapita / KNK perkapita /
pendapatan perkapita di negara A lebih tinggi daripada negara B tetapi
kebanyakan kegiatan produktif seperti membersih rumah, menggosok baju dan
memotong rumput tidak dilakukan sendiri, sebaliknya dibayar upah berbanding
di negara B yang tidak dibayar upah. Oleh itu, taraf hidup di negara A tidak
semestinya lebih tinggi kerana pengukuran taraf hidup sepatutnya mengambil
kira kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang.
Perbezaan ini menyebabkan KDNK
perkapita / KNK perkapita /
pendapatan perkapita tidak sesuai untuk mengukur taraf hidup di antara
negara.
(g) Perbezaan iklim dan perbelanjaan
|
Negara A beriklim sejuk dan negara B
beriklim panas. Walau pun KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita negara A lebih tinggi,
taraf hidup di negara A tidak
semestinya lebih tinggi kerana ia memerlukan perbelanjaan yang lebih besar
untuk mendapatkan peralatan dan kemudahan yang lebih sesuai dengan iklimnya.
Perbezaan iklim menyebabkan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak sesuai untuk mengukur
taraf hidup di antara negara.
|
(h) Perbezaan tingkat harga umum
Tingkat harga umum mempengaruhi kuasa
beli masyarakat secara songsang . Sekiranya KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita dan
tingkat harga umum di negara A lebih tinggi daripada negara B, taraf hidup di
negara A tidak semestinya lebih tinggi kerana kos hidupnya yang lebih
tinggi..
Perbezaan tingkat harga umum menyebabkan
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak sesuai untuk mengukur
taraf hidup di antara negara.
|