Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S13)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

13
Terangkan tiga program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

  [6]

Jawapan Cadangan


(a)
Program Rantaian Industri (ILP)
Program ini menggalakkan penyertaan PKS sebagai pembekal peralatan dan komponen perkhidmatan seperti semikonduktor, elektrik, elektronik dan komputer kepada industri besar / syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Kerajaan telah menyediakan geran sehingga RM250,000 kepada PKS untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan kualiti produk mereka.




(b)
Program Infrastruktur
Program ini bertujuan membantu PKS menjalankan operasi perniagaan mereka di kawasan atau di premis yang diluluskan.

PKS boleh membeli pelbagai jenis kilang di kawasan perindustrian bersepadu yang telah dibangunkan oleh MARA, UDA dan MIEB pada harga yang berpatutan.




(c)
Program Pembangunan Pemasaran
Program ini membantu usahawan PKS meneroka pasaran dan melebarkan saiz pasaran sedia ada.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan dan meningkatkan permintaan terhadap produk PKS supaya PKS menjadi lebih berdaya saing di pasaran terbuka.




(d)
Program Peningkatan Kemahiran
Program ini membantu meningkatkan kemahiran teknikal dan pengurusan pekerja PKS di dalam indusrti elektrik dan elektronik, teknologi maklumat, reka bentuk industri dan kejuruteraan.

Program ini berjaya meningkatkan daya saing PKS di peringkat global melalui perkongsian strategik antara PKS, syarikat multinasional dan industri latihan




(e)
Program Pembangunan Dan Perolehan Teknologi
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan teknologi dan kompetensi ICT PKS supaya menjadi lebih berdaya saing.

Melalui Tabung iPerolehan Teknologi, geran sehingga 70% atau maksimum RM500,000 bagi pembelian peralatan berteknologi tinggi telah disediakan kepada setiap syarikat.