Penghitungan keluaran negara cara perbelanjaan dibuat dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas barang-barang
akhir dan perkhidmatan pada satu-satu tahun tertentu. Penghitungannya dibuat
berdasarkan kepada KDNKhp dan KNKhp.
Jenis
Perbelanjaan
|
RM
Bilion
|
Perbelanjaan
Penggunaan
Awam 50
Swasta 100
Pembentukan
Modal Tetap Kasar
Awam 80
Swasta 20
Eksport Bersih
Eksort 90
(Tolak) Import 40
Perubahan Inventori
|
150
100
50
20
|
KDNKhp
(+) PFbLN
|
320
30
|
KNKhp
|
350
|
Semua perbelanjaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan oleh
isi rumah, firma, kerajaan dan pengguna di luar negeri akan ditambah dengan
perubahan inventori untuk mendapatkan nilai KDNK hp sebesar RM 320 bilion.
Jika
perubahan inventori bernilai positif, ia perlulah ditambahkan ke dalam
pengiraan. Sebaliknya, jika nilainya negatif, ia perlulah ditolakkan dari
pengiraan.
Jika nilai KDNKhp tersebut ditambahkan dengan pendapatan
faktor bersih luar negeri, maka nilai KNKhp
sebesar RM 350 bilion akan diperolehi
Penghitungan pendapatan negara mengikut
cara perbelanjaan dihitung berdasarkan kepada harga tetap dan harga semasa
|