Friday, October 4, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 2 (S6)

Tajuk: Inflasi Dan Kos Sara Hidup

6
Huraikan tiga sebab mengapa inflasi berlaku
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Permintaan agregat melebihi penawaran agregat
Peningkatan permintaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh yang berpunca daripada pertambahan perbelanjaan agregat, pelaksanaan belanjawan defisit dan pertambahan penawaran wang yang berlebihan boleh menimbulkan inflasi.
Oleh kerana penawaran agregat sukar ditambah dengan cepat, maka harga barangan akan meningkat menyebabkan berlakunya inflasi tarikan permintaan.




(b)
Kenaikan kos pengeluaran
Kenaikan kos pengeluaran akan mengurangkan penawaran agregat dalam ekonomi. Ia mungkin berpunca daripada kejutan penawaran yang mengurangkan bekalan input, manipulasi firma monopoli dan oligopoli yang menetapkan harga keluarannya melebihi harga pasaran untuk mendapat untung yang lebih tinggi serta kenaikan tingkat upah yang melebihi daya pengeluaran buruh.
Pertambahan kos pengeluaran mendorong pengeluar menaikkan harga barang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos.




(c)
Kenaikan harga barang import
Kenaikan harga barang import mungkin berpunca daripada kadar inflasi yang tinggi di negara pengeksport serta kenaikan nilai mata wang asing yang menyebabkan negara terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mendapatkan sejumlah import yang sama.
Kedua-dua faktor di atas menyebabkan barang-barang yang diimport terpaksa di jual dengan harga yang tinggi di pasaran tempatan, menyebabkan berlakunya inflasi diimport.




(d)
Dasar kerajaan
Dasar kerajaan melalui sekatan import seperti tarif dan kuota import menyebabkan harga barang import yang dijual di dalam negara meningkat.
Dasar kerajaan yang mengehadkan pengeluaran barang menyebabkan penawaran agregat berkurang. Sekiranya permintaan agregat meningkat,  tingkat harga barang cenderung untuk meningkat, menyebabkan inflasi berlaku.