Wednesday, March 27, 2013

Bank Pusat Sebagai Jurubank Kerajaan Dan Dasar Kewangan Kuantitatif

(a)    Huraikan dua fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan

(b)     Terangkan  secara  ringkas  empat  bentuk  alat dasar kewangan  kuantitatif 
[4]


[6]

Jawapan Cadangan

(a)    Huraikan dua fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan




[4]
         i.    Mentadbir akaun kerajaan
               Bank pusat menguruskan penerimaan hasil kerajaan daripada hasil cukai dan bukan cukai serta menguruskan pembayaran perbelanjaan kerajaan serta pembayaran kepada kerajaan negeri dan badan-badan kerajaan.

         ii.    Pengurus hutang negara
               Bank pusat menguruskan pinjaman kerajaan dari dalam negara melalui penjualan bil-bil perbendaharaan atau surat-surat jaminan kepada institusi kewangan dan pihak swasta,  menguruskan pinjaman luar negara melalui pinjaman pasaran dari kerajaan asing dan pinjaman projek dari badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia.

         iii.   Memberi pendahuluan kepada kerajaan
               Bank pusat memberikan pinjaman pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila kerajaan menghadapi masalah kekurangan wang di samping memastikan kredit negara dalam keadaan baik. Pendahuluan ini mesti dibayar balik selepas tiga bulan tahun kewangan kerajaan berakhir.

         iv.  Mengawal pertukaran asing
              Bank pusat mengawal urus niaga pertukaran asing untuk memastikan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang asing sentiasa stabil dengan mengawal imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran.

 (b)    Terangkan  secara  ringkas  empat  bentuk  alat dasar kewangan  kuantitatif 


[6]
         i.    Nisbah rizab tunai
               Nisbah rizab tunai ialah peratusan tertentu wang tunai atau harta kekayaan yang paling minimum daripada jumlah simpanan semasa yang mesti disediakan oleh bank perdagangan bagi memenuhi tuntutan pelanggan menurut arahan bank pusat.

         ii.    Nisbah rizab berkanun
               Nisbah rizab berkanun ialah peratusan tertentu simpanan wang tunai yang wajib dilakukan oleh bank-bank perdagangan di bank pusat. Rizab tersebut merupakan peratusan tertentu daripada rizab mudah tunai minimum.

        iii.    Kadar diskaun / kadar bank
               Kadar diskaun / kadar bank ialah peratusan tertentu bayaran yang mesti di bayar oleh bank-bank perdagangan apabila membuat pinjaman daripada bank pusat

         iv.  Operasi pasaran terbuka
               Operasi pasaran terbuka ialah aktiviti jual beli surat-surat jaminan kerajaan di antara bank pusat dengan bank-bank perdagangan, institusi kewangan lain dan masyarakat di pasaran terbuka.

         v.    Kadar bunga semalaman
               Kadar bunga semalaman ialah dasar kadar semalaman bagi menentukan kadar bunga dalam suatu tempoh tertentu yang dilaksanakan oleh bank pusat terhadap bank perdagangan.