Sunday, September 30, 2012

Monopoli: Kecekapan Peruntukan Dan Kecekapan Pengeluaran

Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kelemahan firma monopoli dalam hal yang berikut:
a)
Kecekapan pengeluaran

b)
Kecekapan peruntukan sumber

c)
Lebihan pengguna
[10]
 

a)
kecekapan pengeluaran

Kecekapan pengeluaran berlaku apabila tingkat keluaran keseimbangan dihasilkan pada ketika kos purata mencapai titik minimum, iaitu pada Q2 unit.
Firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengeluarkan keluaran pada ketika kos purata (AC) sedang menurun iaitu pada Q1 unit, dan bukannya pada Q2 unit yang meminimumkan kos purata (AC)


b)
Kecekapan peruntukan sumber

Kecekapan peruntukan sumber berlaku apabila tingkat keluaran keseimbangan dihasilkan pada ketika harga menyamai kos sut (P=MC), pada Q2 unit.
Firma monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan sumber kerana pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengeluarkan keluaran pada tingkat harga yang lebih tinggi daripada kos sut (P > MC) iaitu pada harga P1 berbanding kos sut pada P0.


c)
Lebihan pengguna

Pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengenakan harga yang  tinggi iaitu P1 dan  tingkat keluaran yang rendah iaitu Q1 unit. Keadaan ini menyebabkan lebihan pengguna yang dinikmati adalah kecil, iaitu sebesar P1AE1.