a) | i. | Apakah yang dimaksudkan dengan kos sut dan kos purata? | [2] |
Kos sut ialah pertambahan dalam kos akibat daripada pertambahan satu unit keluaran Kos purata ialah kos per unit keluaran | |||
ii. | Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos sut dengan keluk kos purata dalam jangka pendek. | [4] |
b) | Jelaskan dua faktor yang menyebabkan wujudnya ekonomi bidangan dalaman. | [4] |
i | Ekonomi pengkhususan | |
Pengeluaran secara besar–besaran membolehkan firma menjalankan pengkhususan yang akan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran pekerja, menyebabkan kos purata firma menjadi semakin rendah. | ||
ii | Ekonomi pengurusan | |
Perkembangan firma akan meningkatkan kecekapan pengurusan, pentadbiran dan pengeluaran. Kos per unit pengurusan berkurang kerana lebih banyak kerja dapat dibuat dengan sejumlah pengurus yang sama. | ||
iii | Ekonomi kewangan | |
Perkembangan firma membolehkan firma memperolehi pinjaman bank pada kadar bunga yang lebih rendah dan tempoh pinjaman yang lebih panjang. Kos pinjaman yang rendah ini akan menambahkan modal untuk memperkembangkan tingkat pengeluarannya pada kos purata yang lebih rendah. | ||
iv | Ekonomi pemasaran | |
Pengeluaran secara besar – besaran akan mengurangkan kos purata firma kerana ia membolehkan firma membeli bahan – bahan mentah secara pukal pada harga yang lebih rendah. Selain itu, ia juga menyebabkan kos per unit pengiklanan untuk tujuan pemasaran menjadi semakin berkurang. | ||
v | Ekonomi teknikal | |
Pengeluaran secara besar – besaran membolehkan firma menggunakan mesin – mesin moden secara cekap pada kapasiti penuh tanpa pembaziran. Oleh itu, daya pengeluaran firma akan meningkat dan kos purata firma akan berkurang | ||
Nota: Pilih mana – mana dua fakta |