Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S8)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

8
(a)
Apakah maksud perkongsian ?
[2]

(b)
Terangkan dua perbezaan di antara perkongsian biasa dengan perkongsian berhad
      [4]

Jawapan Cadangan


(a)
Perkongsiaan ialah entiti perniagaan yang dianggotai sekurang-kurangnya dua orang tetapi tidak melebihi 20 orang rakan kongsi dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
Perniagaan perkongsian terbahagi kepada perkongsian biasa dan perkongsian berhad.




(b)
i.
Pemilikan
Perkongsian mempunyai 2 – 20 orang rakan kongsi atas nama perniagaan atau nama rakan kongsi
Syarikat berhad dimiliki oleh lebih dari dua orang pemegang saham sehingga tiada had maksimum






ii.
Pengurusan
Perkongsian dikawal oleh penyumbang modal dan diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif dalam operasi perniagaan.
Syarikat awam berhad dikawal oleh pemegang saham yang mempunyai pegangan saham melebihi 51% daripada jumlah saham syarikat






iii.
Tanggungan / liabiliti
Syarikat perkongsian akan menanggung liabiliti yang tidak terhad, kecuali perkongsian berhad yang menganggung liabiliti terhad.
Bagi syarikat berhad, pemilik atau pemegang saham menanggung liabiliti terhad, iaitu setakat jumlah modal yang dilaburkan di dalam perniagaan






iv.
Modal
Modal diperolehi daripada rakan kongsi sama ada dari simpanan sendiri, pinjaman dari keluarga, rakan dan institusi kewangan,  bergantung kepada syarat-syarat  dibawah artikel perkongsian
Modal diperolehi daripada penjualan saham dan bon kepada orang ramai. Pemilik atau pemegang saham bebas menjual atau membeli saham di Bursa Malaysia