a) | Huraikan mengapa firma dalam pasaran persaingan sempurna merupakan penerima harga. | [4] |
b) | Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan mengapa firma tetap beroperasi dalam jangka pendek walau pun mengalami kerugian ? | [6] |
Pada tingkat keseimbangan, firma mengalami kerugian sebesar P0P1AE. Firma akan meneruskan pengeluaran kerana jumlah hasil yang diperolehi oleh firma (0P0EB) dapat menampung semua kos berubah (0P2BQ) dan sebahagian daripada kos tetap (P2P0EB). Sekiranya firma memberhentikan pengeluaran, kerugian yang ditanggung akan menjadi bertambah besar, iaitu P2P1AB. Oleh itu, firma akan meneruskan pengeluaran bagi meminimumkan kerugiannya. |