Sunday, August 26, 2012

Mikroekonomi: Konsep Teori Pengeluaran


Takrifkan konsep – konsep yang berikut:

a)
Logi
[2]

Satu unit pengeluaran yang berbentuk fizikal yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan oleh sesebuah firma
Contoh:- mesin dan jentera



b)
Firma
[2]

Firma ialah organisasi yang mempunyai sebuah logi atau banyak logi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Contoh;- perniagaan syarikat dan koperasi



c)
Industri
[2]

Gabungan semua firma yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang sama (homogen) di dalam pasaran
Contoh:- industri sabun dan industri minyak masak



d)
Input tetap
[2]

Input yang kuantiti penggunaannya tidak berubah mengikut tingkat keluaran. Input tetap hanya wujud dalam jangka pendek sahaja.
Contoh: tanah, bangunan kilang, mesin dan jentera


e)
Input berubah
[2]

Input yang kuantiti penggunaannya berubah mengikut tingkat keluaran.
Input berubah wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang.
Contoh: buruh, bahan mentah dan bahan api