Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S5)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

5
Jelaskan empat ciri-ciri  perniagaan perkongsian
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Pemilikan
Syarikat dimiliki oleh lebih dari dua orang pemegang saham sehingga tiada had maksimum dan didaftarkan dengan pendaftar syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.




(b)
Pengurusan
Pengurusan di peringkat pusat dikendalikan oleh lembaga pengarah yang dilantik  dalam mesyuarat agung tahunan.
Pemegang saham yang memegang lebih dari 51% jumlah saham syarikat, berhak mengawal syarikat.




(c)
Modal
Modal diperolehi daripada penjualan saham dan bon kepada orang ramai. Pemindahan hak milik saham tidak perlu mendapat persetujuan daripada pemegang saham lain.
Saham bebas dijualbeli di Bursa Malaysia




(d)
Tanggungan / liabiliti
Pemilik atau pemegang saham menanggung liabiliti terhad, iaitu setakat jumlah modal yang dilaburkan di dalam perniagaan.




(e)
Pembahagian keuntungan
Keuntungan dibayar dalam bentuk dividen kepada pemilik atau pemegang saham.




(f)
Beban cukai
Syarikat perlu membayar cukai pendapatan syarikat. Pemilik atau pemegang saham juga dikenakan cukai pendapatan perseorangan.