Saturday, July 28, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Dan Jumlah Hasil

“Apabila tingkat harga meningkat, jumlah perbelanjaan turut meningkat.”
Dengan menggunakan gambar rajah, bincangkan pernyataan tersebut


[10]
Sama ada peningkatan tingkat harga akan menambahkan atau mengurangkan jumlah perbelanjaaan adalah bergantung kepada keanjalan permintaan harga.
Permintaan tidak anjal:
Andaikan pada mulanya harga dan kuantiti barang adalah P0 dan Q0  masing–masing. Jumlah perbelanjaan asal  ialah 0P0TQ0
Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1.  Jumlah perbelanjaan baru ialah 0P1SQ1
Oleh kerana jumlah perbelanjaan baru (0P1SQ1) adalah melebihi jumlah perbelanjaan asal  (0P0TQ0), peningkatan harga barang akan  meningkatkan  jumlah perbelanjaan
Permintaan anjal
Andaikan pada mulanya harga dan kuantiti barang adalah P0 dan Q0  masing–masing. Jumlah perbelanjaan asal ialah  0P0GQ0
Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta jatuh dari Q0 ke Q1.  Jumlah perbelanjaan baru ialah 0P1FQ1
Oleh kerana jumlah perbelanjaan baru (0P1FQ1) adalah kurang dari jumlah perbelanjaan asal (0P0GQ0), peningkatan harga barang akan mengurangkan  jumlah perbelanjaan
Permintaan anjal satu
Andaikan pada mulanya harga dan kuantiti barang adalah P0 dan Q0  masing–masing. Jumlah perbelanjaan asal ialah 0P0VQ0
Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta jatuh dari Q0 ke Q1.  Jumlah perbelanjaan baru ialah  0P1TQ1
Oleh kerana jumlah perbelanjaan baru (0P1TQ1) menyamai jumlah perbelanjaan asal (0P0TQ0), peningkatan harga barang tidak akan mengubahkan  jumlah perbelanjaan.