Tuesday, April 16, 2013

Perubahan Keseimbangan Kadar Pertukaran Asing

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan daripada perubahan berikut terhadap kadar pertukaran asing.

(a)   Import negara tersebut meningkat
(b)   Aliran masuk modal asing meningkat
[5]
[5]


Jawapan Cadangan

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan daripada perubahan berikut terhadap kadar pertukaran asing

(a)   import negara tersebut meningkat
[5]


        Keseimbangan asal dicapai bila keluk permintaan mata wang dolar  (DD USD0) bersilang dengan keluk  penawaran mata wang dolar (SS USD) di titik E0, dengan kadar pertukaran keseimbangan r0 dan kuantiti matawang asing keseimbangan Q0.

        Apabila import meningkat, permintaan terhadap matawang asing akan meningkat. Oleh itu keluk DD matawang asing beralih ke kanan ke DD USD1.

        Pada keseimbangan asal wujud lebihan DD USD. Kadar pertukaran akan meningkat dan proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 pada kadar pertukaran keseimbangan r1 dan kuantiti matawang asing keseimbangan Q1

        Peningkatan import akan menyebabkan kadar pertukaran asing meningkat dari r0 ke r1 dan dan  kuantiti matawang asing meningkat dari Q0  ke  Q1.


(b)   Aliran masuk modal asing meningkat
[5]


        Keseimbangan asal dicapai bila keluk permintaan mata wang dolar (DD USD) bersilang dengan keluk  penawaran mata wang dolar (SS USD0) di titik E0, dengan kadar pertukaran keseimbangan r0 dan kuantiti matawang asing keseimbangan Q0

        Apabila aliran masuk modal asing meningkat,, penawaran matawang asing akan meningkat. Oleh itu keluk SS matawang asing beralih ke kanan ke SS USD1.

        Pada keseimbangan asal wujud lebihan SS USD. Kadar pertukaran akan jatuh dan proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 pada kadar pertukaran keseimbangan r1 dan kuantiti matawang asing keseimbangan Q1

        Peningkatan import akan menyebabkan kadar pertukaran asing jatuh dari r0 ke r1 dan kuantiti matawang asing meningkat dari Q0  ke  Q1.