Huraikan alasan-alasan mengapa
pertambahan dalam pendapatan perkapita / keluaran dalam negeri kasar
perkapita / keluaran negara kasar perkapita tidak semestinya membawa kepada
peningkatan dalam tingkat kemakmuran di sesebuah negara
|
[10]
|
(a) Tempoh waktu bekerja
|
Peningkatan waktu bekerja akan meningkatkan taraf hidup dan tingkat kemakmuran sesebuah negara.
Walau bagaimana pun, peningkatan waktu
bekerja bermakna pengurangan masa rehat yang akan mengurangkan tingkat kemakmuran.
Ini bermakna walau pun KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan negara
perkapita meningkat, tingkat kemakmuran tidak semestinya meningkat, kecuali
jika diikuti oleh pengurangan masa bekerja dan pertambahan masa rehat.
Oleh itu, KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan negara perkapita tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kemakmuran di sesebuah
negara
|
(b) Kesan luaran negatif kerana projek
pembangunan
|
Kejayaan projek pembangunan akan meningkatkan taraf hidup dan tingkat
kemakmuran sesebuah negara. Namun,
selalunya projek pembangunan turut mengeluarkan kesan luaran negatif seperti
pencemaran udara, air dan bunyi yang akan menjejaskan kesihatan dan
merendahkan tingkat kemakmuran penduduk.
Ini bermakna, sekiranya kesan
eksternaliti negatif berlaku, pertambahan KDNK
perkapita / KNK perkapita / pendapatan negara perkapita tidak akan
meningkatkan tingkat kemakmuran kerana wujudnya pelbagai kos sosial yang perlu ditanggung oleh
negara.
Oleh itu,
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan negara perkapita tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kemakmuran di sesebuah negara
|
(c) Perbezaan agihan pendapatan
|
Pertambahan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak semestinya menggambarkan agihan pendapatan masyarakat berada
dalam keadaan seimbang dan saksama.
Sekiranya
faedah daripada pertambahan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita hanya
dinikmati oleh segolongan kecil masyarakat, tingkat kemakmuran di negara tersebut
tidak akan meningkat kerana wujudnya jurang agihan pendapatan yang ketara
antara golongan kaya dan golongan miskin.
Oleh itu,
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kemakmuran di sesebuah negara
|
(d) Komposisi keluaran negara
|
Taraf
hidup dan tingkat kemakmuran di sesebuah negara akan meningkat jika pertambahan
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita diikuti
oleh pertambahan pengeluaran barang
pengguna.
Sebaliknya,
tingkat kemakmuran tidak akan
meningkat jika pertambahan KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita diikuti oleh pertambahan pengeluaran senjata kerana faedahnya
tidak dapat dinikmati oleh rakyat secara langsung.
Oleh itu,
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak dapat memberikan gambaran yang
sebenar mengenai tingkat kemakmuran di sesebuah negara
|
(e) Tidak menunjukkan masalah
pengangguran
|
Tingkat
kemakmuran akan meningkat jika pengangguran berkurang, tetapi data KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak dapat
menunjukkan masalah pengangguran.
Walaupun KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita meningkat, tidak
semestinya tingkat kemakmuran juga meningkat kerana jika kadar pengangguran
meningkat, tingkat kemakmuran akan merosot.
Oleh itu,
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak dapat memberikan gambaran yang sebenar
mengenai tingkat kemakmuran di sesebuah negara
|
(f) Perubahan tingkat harga umum
|
Taraf hidup/tingkat kemakmuran mempunyai hubungan negatif dengan tingkat harga umum.
Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan taraf hidup/tingkat kemakmuran
merosot.
Pertambahan
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak akan meningkatkan taraf hidup/tingkat kemakmuran
sekiranya tingkat harga umum turut meningkat kerana kos hidup meningkat, kuasa beli serta kemampuan masyarakat
mendapatkan barang berkurang menyebabkan taraf hidup / tingkat kemakmuran semakin merosot.
Oleh itu,
KDNK perkapita / KNK perkapita / pendapatan perkapita tidak dapat memberikan gambaran yang
sebenar mengenai tingkat kemakmuran di sesebuah negara
|