Saturday, April 27, 2013

Susut Nilai Dan Terkurang Nilai Mata Wang Serta Kesannya Terhadap Imbangan Pembayaran

(a)   Apakah  maksud susut nilai mata wang dan terkurang nilai mata wang?  Dengan contoh yang sesuai, terangkan konsep susut nilai dan terkurang nilai mata wang sesebuah negara

(b)   Terangkan  sama  ada  susut nilai  mata  wang  dan  terkurang nilai  mata  wang  akan menimbulkan  kesan  yang  sama  atau  berbeza  terhadap eksport,  import dan imbangan pembayaran?
[6]





[4]


Jawapan Cadangan

(a)   Apakah  maksud susut nilai mata wang dan terkurang nilai mata wang?  Dengan contoh yang sesuai, terangkan konsep susut nilai dan terkurang nilai mata wang sesebuah negara





[6]
        Susut nilai mata wang ialah kejatuhan nilai mata wang dalam negeri disebabkan oleh pertambahan permintaan mata wang asing atau pengurangan penawaran mata wang asing di pasaran bebas.

        Contoh: andaikan kadar pertukaran keseimbangan ialah US$1.00 = RM3.30. Jika permintaan terhadap mata wang asing meningkat atau penawaran mata wang asing berkurang, kadar pertukaran akan berubah menjadi US$1.00 = RM3.50, menyebabkan lebih banyak mata wang RM diperlukan untuk mendapatkan satu unit mata wang asing. Oleh itu, mata wang RM mengalami susut nilai.

        Terkurang nilai mata wang ialah harga mata wang sesebuah negara dinilai lebih rendah daripada nilai kadar pertukaran keseimbangan di dalam pasaran pertukaran tetap.

        Contoh: andaikan kadar pertukaran keseimbangan ialah US$1.00 = RM3.30, dan kerajaan merasakan nilai RM adalah terlalu tinggi, maka kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada nilai ringgit yang lebih rendah US$1.00 = RM3.50. Oleh itu, lebih banyak mata wang RM diperlukan untuk mendapatkan satu unit mata wang asing menyebabkan terkurang nilai RM

(b)   Terangkan  sama  ada  susut nilai  mata  wang  dan  terkurang nilai  mata  wang  akan menimbulkan  kesan  yang  sama  atau  berbeza  terhadap eksport,  import dan imbangan pembayaran?



[4]
        Susut nilai mata wang dan terkurang nilai mata wang memberikan kesan yang sama kepada ekonomi, iaitu menyebabkan harga eksport secara relatif menjadi lebih murah dan harga import menjadi lebih mahal. Kesannya, eksport meningkat manakala import akan berkurang.  Oleh itu  eksport bersih akan bertambah, menyebabkan kedudukan  imbangan perdagangan/pembayaran menjadi semakin kukuh.