Tuesday, March 12, 2013

Jenis Deposit Di Bank Perdagangan, Rizab Mudah Tunai Minimum Dan Rizab Berkanun

(a)   Jelaskan   dua  jenis  simpanan  yang  ditawarkan  oleh bank perdagangan.


[4]
(b)        Apakah perbezaan di antara rizab mudah tunai minimum dengan rizab berkanun
[6]
Jawapan Cadangan

(a)   Jelaskan   dua  jenis  simpanan  yang  ditawarkan  oleh bank perdagangan.


[4]
        Simpanan semasa iaitu simpanan yang membolehkan pemegang akaun mengeluarkan wangnya dengan cek.  Simpan ini tidak diberikan faedah dan penyimpan dikenakan bayaran perkhidmatan bank.

        Simpanan tabungan iaitu simpanan di mana pelanggan mesti mengemukakan buku akaun apabila ingin mengeluarkan wangnya. Wang simpanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan pihak bank akan membayar faedah ke atas simpanan tersebut

        Simpanan tetap iaitu simpanan di mana penyimpan tidak boleh mengeluarkan simpanannya sebelum cukup tempoh matangnya atau  dikehendakki membayar sedikit bayaran.  Kadar faedah yang diberi adalah berbeza-beza mengikut tempoh simpanannya. 

(b)   Apakah perbezaan di antara rizab mudah tunai minimum dengan rizab berkanun


[6]
        Rizab mudah tunai minimum merupakan sejumlah wang tunai atau harta kekayaan yang paling minimum  yang mesti disediakan oleh bank menurut arahan bank pusat. Jumlahnya berdasarkan kepada suatu peratusan daripada jumlah simpanan semasa.

        Rizab itu berbentuk simpanan di bank pusat, pegangan surat-surat jaminan kerajaan, wang tunai di bank berkenaan dan simpanan di bank lain.

        Ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan iaitu untuk membolehkan pelanggan mengambil simpanan mereka di bank serta untuk menjaga kestabilan sistem bank.

        Rizab berkanun ialah simpanan wang tunai yang wajib dilakukan oleh bank-bank perdagangan di bank pusat. Rizab tersebut merupakan sebahagian daripada rizab mudah tunai minimum