Friday, June 29, 2012

Mikroekonomi: Faktor Pengeluaran


a)
Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu ekonomi ?
[2]


Ilmu ekonomi merupakan satu kajian mengenai perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas.



b)
Apakah faktor-faktor pengeluaran? Jelaskan tiga faktor-faktor pengeluaran tersebut.

[6]


i.
Tanah
Anugerah alam yang meliputi sumber alam semulajadi  di permukaan bumi atau di dalam perut bumi. Penawaran tanah  adalah terhad dan nilainya bergantung kepada kualiti dan lokasinya. Ganjaran kepada tanah dinamakan sewa.






ii.
Buruh
Buruh menyumbangkan tenaga fizikal dan mental di dalam proses pengeluaran. Buruh terbahagi kepada buruh mahir seperti doktor, jurutera serta buruh tidak mahir seperti tukang sapu dan tukang kebun. Ganjaran kepada buruh adalah upah atau gaji.






iii.
Modal
Alat fizikal ciptaan manusia seperti mesin, jentera dan bahan mentah yang digunakan di dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ganjaran kepada modal ialah kadar bunga.






iv.
Usahawan
Usahawan merupakan kepakaran individu dalam menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal di dalam proses pengeluaran. Usahawan berperanan sebagai pemimpin dan perancang kepada aktiviti firma, berkuasa membuat keputusan serta perlu menanggung risiko di dalam proses pengeluaran. Ganjaran kepada usahawan ialah untung.


Nota: Pilih 3 isi sahaja








c)
Jelaskan maksud sumber ekonomi yang terhad kepada pengguna dan pengeluar.

[2]


Sumber ekonomi yang terhad kepada pengguna bermaksud kemampuan pengguna adalah terhad atau terbatas berbanding dengan permintaan pengguna yang tidak terbatas.
Contoh: seperti kekurangan wang, fizikal dan mental

Sumber ekonomi yang terhad kepada pengeluar ialah kemampuan pengeluar yang terhad untuk mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang boleh memenuhi kehendak manusia
Contoh: seperti kekurangan modal, tanah, buruh dan usahawan