Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan pasaran daging lembu jika | ||
a) | harga kulit lembu meningkat 500% | [4] |
Kulit lembu dan daging lembu merupakan barang penawaran bersama. Peningkatan harga kulit lembu akan meningkatkan penawaran daging lembu Keluk penawaran daging lembu beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1 Keseimbangan baru dicapai di titik E1 bila keluk DD = keluk S1S1 dengan harga keseimbangan daging lembu jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti keseimbangan duku meningkat dari Q0 ke Q1 |
b) | peningkatan penggemar sosej daging lembu | [3] |
Peningkatan penggemar sosej daging lembu akan meningkatkan permintaan daging lembu. Keluk permintaan daging lembu akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 Keseimbangan baru dicapai di titik E1 bila keluk D1D1= keluk SS dengan harga keseimbangandaging lembu meningkat dari P0 ke P1 dan kuantiti keseimbangan daging lembu meningkat dari Q0 ke Q1 |
c) | wabak penyakit kuku dan mulut merebak | [3] |
Wabak penyakit kuku dan mulut menyebabkan permintaan terhadap daging lembu berkurang Keluk permintaan daging lembu akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 Keseimbangan baru dicapai di titik E1 bila keluk D1D1 = keluk SS dengan harga keseimbangan daging lembu jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti keseimbangan daging lembu berkurang dari Q0 ke Q1 |
Nota: Soalan (c) boleh dijawab dari aspek penawaran, iaitu :- Penawaran daging lembu berkurang, berlaku peralihan keluk penawaran ke kiri. Harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan berkurang |