(a) Bagaimanakah kemerosotan dan
perkembangan kitaran perniagaan akan membawa kepada perubahan tingkat
kegiatan ekonomi dalam jangka panjang ?
|
[2]
|
(b) Dengan
menggunakan gambar rajah, terangkan pengaruh dasar fiskal terhadap kitaran
perniagaan ketika kemerosotan ekonomi dan kemelambungan ekonomi
.
|
Jawapan Cadangan
(a) Bagaimanakah kemerosotan dan
perkembangan kitaran perniagaan akan membawa kepada perubahan tingkat
kegiatan ekonomi dalam jangka panjang ?
|
[2]
|
Kemerosotan
kitaran perniagaan menggambarkan kemunduran ekonomi @ resesi yang membawa
kepada tingkat pengangguran yang tinggi
Perkembangan
kitaran perniagaan akan membawa kepada
kemakmuran dalam ekonomi pada tingkat pengangguran yang sangat rendah
|
|
(b) Dengan
menggunakan gambar rajah, terangkan pengaruh dasar fiskal terhadap kitaran
perniagaan ketika kemerosotan ekonomi dan kemelambungan ekonomi
|
[8]
|
Kitaran
a menggambarkan kegiatan ekonomi
tanpa dasar fiskal, dan kitaran b mengambarkan
kegiatan ekonomi dengan dasar fiskal.
Kesan
dasar fiskal dapat dilihat melalui pergerakan dari A
ke B dan dari A1
ke B1. Pada titik A, ekonomi menghadapi masalah inflasi.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan menjalankan dasar fiskal sehingga
kegiatan ekonomi mencapai titik A1.
Melalui masa, kemerosotan perbelanjaan
agregat menyebabkan kegiatan ekonomi merosot. Tanpa dasar fiskal, kemerosotan
ekonomi ditunjukkan oleh pergerakan dari A ke B. Dasar fiskal yang dijalankan dapat
mengurangkan kemerosotan seperti pergerakan dari A1 ke B1.
Melalui
dasar fiskal, turun naik kegiatan ekonomi dapat dikawal. Semasa ekonomi
melambung, dasar fiskal dijalankan untuk mencegah inflasi, manakala ketika
kemelesetan ekonomi, dasar fiskal bertujuan untuk mengurangkan masalah
pengangguran.
mrmy@ulat kekek 2013
|