Saturday, April 27, 2013

Naik Nilai Dan Terlebih Nilai Mata Wang Serta Kesannya Terhadap Imbangan Pembayaran

(a)   Apakah  maksud naik nilai mata wang dan terlebih nilai mata wang ?  Dengan contoh yang sesuai, terangkan konsep naik nilai dan terlebih nilai mata wang sesebuah negara

(b)   Terangkan  sama  ada  naik nilai  mata  wang  dan  terlebih nilai  mata  wang  akan menimbulkan  kesan  yang  sama  atau  berbeza  terhadap eksport,  import dan imbangan pembayaran?
[6]





[4]


Jawapan Cadangan

(a)   Apakah  maksud naik nilai mata wang dan terlebih nilai mata wang ?  Dengan contoh yang sesuai, terangkan konsep naik nilai dan terlebih nilai mata wang sesebuah negara





[6]
        Naik nilai mata wang ialah kenaikan  nilai mata wang dalam negeri disebabkan oleh pengurangan permintaan mata wang asing atau pertambahan penawaran mata wang asing di pasaran bebas.

        Contoh: Andaikan kadar pertukaran keseimbangan ialah US$1.00=RM3.30. Jika permintaan terhadap mata wang asing berkurang atau penawaran mata wang asing bertambah, kadar pertukaran akan berubah menjadi US$1.00 = RM3.00, menyebabkan semakin sedikit mata wang RM diperlukan untuk mendapatkan satu unit mata wang asing. Oleh itu, mata wang RM mengalami naik nilai.

        Terlebih nilai mata wang ialah harga mata wang sesebuah negara dinilai lebih tinggi daripada nilai kadar pertukaran keseimbangan di dalam pasaran pertukaran tetap.

        Contoh: Andaikan kadar pertukaran keseimbangan ialah US$1.00=RM3.30, dan kerajaan merasakan nilai RM adalah terlalu rendah, maka kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada nilai ringgit yang lebih tinggi US$1.00 = RM3.00. Oleh itu, semakin sedikit mata wang RM diperlukan untuk mendapatkan satu unit mata wang asing, menyebabkan terlebih nilai RM

(b)   Terangkan  sama  ada  naik nilai  mata  wang  dan  terlebih nilai  mata  wang  akan menimbulkan  kesan  yang  sama  atau  berbeza  terhadap eksport,  import dan imbangan pembayaran?



[4]
        Naik nilai mata wang dan terlebih nilai mata wang memberikan kesan yang sama kepada ekonomi, iaitu menyebabkan harga eksport secara relatif menjadi lebih mahal dan harga import menjadi lebih murah.
        
        Kesannya, eksport berkurang manakala import meningkat.  Oleh itu  eksport bersih semakin merosot, menyebabkan kedudukan  imbangan perdagangan/pembayaran menjadi semakin merosot.