Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S8)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

8
Terangkan program yang berikut dalam membasmi kemiskinan di Malaysia.

(a)
Program Rancangan Makanan Tambahan
[2]

(b)
Baucar Tiusyen
[2]

(c)
Program Pembangunan Rakyat Termiskin
[2]

Jawapan Cadangan


(a)
Program ini disasarkan kepada murid daripada keluarga berpendapatan RM400 sebulan atau kurang, untuk membolehkan mereka mendapat makan seimbang setiap hari

Ia bertujuan meningkatkan taraf pemakanan murid supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran di sekolah




(b)
Skim ini diberikan kepada murid warganegara Malaysia daripada keluarga yang berpendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan.

Skim ini menyediakan bimbingan tambahan kepada murid miskin Tahun 4 hingga Tahun 6 untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik




(c)
Program ini bertujuan menyediakan pelbagai kemudahan untuk isi rumah miskin supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Pelbagai program membasmi kemiskinan telah dijalankan seperti  menyediakan peluang pekerjaan bagi menjana pendapatan, serta menyediakan kemudahan asas dan perumahan untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah miskin di bandar dan di luar bandar.