Saturday, September 15, 2012

Penentuan Keseimbangan Jangka Panjang Firma PPS

Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana penentuan output firma pasaran sempurna berlaku dalam jangka panjang

[10]
i
Kes untung kurang normal kepada untung normal

Keseimbangan dicapai apabila MC=MR di titik E1 pada harga P1 dan kuantiti Q1. Pada tingkat keseimbangan ini, jumlah hasil firma ialah 0P1E1Q1 manakala jumlah kos firma ialah 0MAQ1, dan firma mengalami kerugian sebesar P1MAE1.
Kerugian ini akan mendorong sesetengah firma keluar dari pasaran menyebabkan kuantiti penawaran di pasaran berkurang. Oleh itu, tingkat harga akan meningkat sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E0 pada harga P0, dengan firma hanya akan mendapat untung normal sahaja.


ii
Kes untung lebih normal kepada untung normal

Keseimbangan dicapai apabila MC=MR di titik E2 pada harga P2 dan kuantiti Q2. Pada tingkat keseimbangan ini, jumlah hasil firma ialah 0P2E2Q2 manakala jumlah kos firma ialah 0RBQ2, dan firma mendapat untung lebih normal  sebesar RP2E2B.

Untung lebih normal akan mendorong kemasukan firma baru menyebabkan kuantiti penawaran di pasaran bertambah. Oleh itu, tingkat harga akan turun sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E0 pada harga P0, dengan firma hanya akan mendapat untung normal sahaja.



Dalam jangka panjang, firma akan mencapai keseimbangan pada harga P0 dan kuantiti Q0 dengan hanya mendapat untung normal sahaja.