Monday, February 4, 2013

Penghitungan Pendapatan Negara Cara Keluaran

(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah ?
[1]
        Nilai ditambah ialah pertambahan nilai sesuatu keluaran yang diperoleh selepas suatu peringkat / proses pengeluaran

(b)

Terangkan amalan menghitung KDNK  harga pasar mengikut cara keluaran di Malaysia


[9]

Sektor – sektor ekonomi
Nilai Tambah (RM Bilion)
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Perlombongan dan kuari       
Pembuatan                            
Pembinaan                 
Elektrik, gas dan air   
Pengangkutan dan penyimpanan
Perdagangan borong dan runcit
Kewangan dan hartanah
Perkhidmatan kerajaan         
Perkhidmatan lain                  
TOLAK: Bayaran perkhidmatan bank
TAMBAH:Cukai import                          
18 000
16 000
66 000
7 000
9 000
19 000
32 000
30 000
15 000
26 000
20 000
1 000
KDNKhp
219 000

       Penjumlahan semua nilai ditambah yang disumbangkan sektor pertama, sektor kedua serta sektor ketiga ditolakkan dengan bayaran perkhidmatan bank dan ditambah dengan cukai import akan menghasilkan KDNKhp sebesar RM 219 000 billion.

       Cukai import perlu ditambah kerana penghitungan dibuat berdasarkan harga pasar

       Bayaran perkhidmatan bank ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali
       Kaedah keluaran di Malaysia dihitung mengikut harga tetap